Food Science Seminar 2: Aroma Analysis - Tool For Sustainability And Food Security | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » Food Science Seminar 2: Aroma Analysis - Tool for Sustainability And Food Security

Food Science Seminar 2: Aroma Analysis - Tool for Sustainability And Food Security

Food Science Seminar 2: Aroma Analysis - Tool for Sustainability And Food Security merupakan siri kedua dalam Food Science Seminar, dan telah diadakan pada 7 Disember 2022. Penganjuran seminar ini merupakan sebahagian kuliah pelajar bagi mempelajari teknik -teknik penganalisaan makanan yang sentiasa berkembang selaras dengan perkembangan sains dan teknologi. Seminar ini berjaya dilaksanakan melalui kerjasama pelajar FST5105 (Teknik Dalam Analisis Makanan) dibantu oleh penyelaras kursus dan Ketua Jabatan Sains Makanan. Seminar ini dijalankan secara tidak bersemuka melalui aplikasi Zoom dan telah dihadiri oleh seramai 112 orang staf dari agensi awam dan swasta, serta pelajar universiti. Pihak penganjur telah menjemput 2 orang penceramah yang pakar dalam bidang aroma iaitu Prof. Dr. Nazimah Hamid dari Auckland University of Technology, New Zealand; dan Prof. Madya Dr. Nastaein Qamaruz Zaman dari ODOFIX.

 

Antara objektif pelaksanaan seminar ini adalah untuk memindahkan ilmu berkaitan analsis aroma makanan menggunakan kaedah instrumentasi GCMS dan Olfactometer, menerangkan kaedah analisis dan keputusan analisis aroma dalam makanan, serta memberi pendedahan berkaitan pencemaran bau dan kaedah  instrumentasi dalam pengesanan bau. Kesimpulannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan para peserta banyak memberikan maklum balas positif untuk penganjuran program seumpama ini pada masa hadapan.

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 25/05/2023 | Kemaskini: 25/05/2023 | wannurain

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXEUDAD~