FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN, UPM - Pada 22 Oktober 2023 yang lalu, telah berlangsung program FOODZANIA 2023/2024 di bawah anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FOSTECH) dengan kerjasama pihak pengurusan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM. Program ini telah diadakan sebagai sesi pengenalan antara pelajar tahun pertama sesi 2023/2024 dengan semua kakitangan pihak pengurusan fakulti, golongan akademik dan ahli jawatankuasa FOSTECH Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Program ini merupakan satu inisiatif untuk membantu pelajar baharu untuk mengenal dan menyesuaikan diri dengan persekitaran fakulti supaya urusan yang melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan fakulti dapat dipermudahkan. Program ini juga diadakan bertujuan supaya pelajar menjadi seorang yang holistik yang dapat berfikir secara kreatif dalam setiap kegiatan yang dilakukan terutama dalam bidang akademik dan sahsiah. Selain itu, program ini dapat meningkatkan semangat kerjasama yang dapat mewujudkan sikap beretika dan beradab yang amat diperlukan dalam sebuah organisasi.
Program FOODZANIA 2023/2024 telah dijalankan pada 22 Oktober 2023 iaitu pada hari Ahad di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung bagi memeriahkan kedatangan pelajar baharu tahun pertama. Antara aktiviti termasuk pengenalan kepada Majlis Perwakilan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, FOSTECH serta staf-staf fakulti dan mini games (Trivia, Werewolf draw mission & Where’s The Wind Blow). Selain itu, sesi perkongsian daripada pelajar-pelajar tahun tiga dan empat mengenai pengalaman sepanjang pengajian mereka turut diadakan. Program FOODZANIA merupakan satu inisiatif yang baik kerana dapat membantu pelajar mengetahui ahli-ahli majlis perwakilan fakulti beserta staf fakulti bagi memudahkan urusan yang melibatkan pengurusan fakulti. Justeru itu, program ini telah melatih kebolehan pelajar dalam berkomunikasi dan kepimpinan dalam menjalankan tugas serta memupuk kemahiran insaniah dalam diri para pelajar. Semoga pelajar tahun pertama dapat membentuk suasana yang positif sepanjang tempoh pengajian.
Gambar 1. Sesi pendaftaran para peserta
Gambar 2. Ucapan Dr. Ainul Zakiah Abu Bakar
Gambar 3. Ucapan Presiden FOSTECH
Gambar 4. Dr. Ainul Zakiah Abu Bakar (Penasihat FOSTECH) bersama dengan Danial Haikal Abdul Halim (Presiden FOSTECH)
Gambar 5. Pengenalan Ahli Jawatankuasa FOSTECH
Gambar 6. Sesi Mini Games: Trivia
Gambar 7. Sesi Mini Games: Werewolf Draw Mission
Gambar 8. Sesi Mini Games: Where’s the Wind Blow?
Gambar 9. Sesi Senior Sharing
Gambar 10. Antara para peserta yang terlibat
Gambar 11. Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang
Gambar 12. Sesi gambar dengan pemenang
Gambar 13. Sesi fotografi dengan peserta
Gambar 18. Sesi fotografi Ahli Jawatankuasa FOSTECH
Tarikh Input: 25/10/2023 | Kemaskini: 25/10/2023 | nur_jasni

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, SERDANG,
SELANGOR MALAYSIA