FORUM FAKULTI PERTAMA “THE SOUTHEAST ASIAN UNIVERSITY CONSORTIUM FOR GRADUATE EDUCATION IN AGRICULTURE AND NATURAL RESOURCES (UC)” | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » FORUM FAKULTI PERTAMA “THE SOUTHEAST ASIAN UNIVERSITY CONSORTIUM FOR GRADUATE EDUCATION IN AGRICULTURE AND NATURAL RESOURCES (UC)”

FORUM FAKULTI PERTAMA “THE SOUTHEAST ASIAN UNIVERSITY CONSORTIUM FOR GRADUATE EDUCATION IN AGRICULTURE AND NATURAL RESOURCES (UC)”

Enam puluh enam ahli fakulti dari lapan universiti “Southeast Asian University Consortium for Graduate Education in Agriculture and Natural Resources (UC)”  berkumpul di Ibu Pejabat SEARCA bagi Forum Fakulti UC yang Pertama berlangsung pada 23 - 24 Julai 2019. Forum itu dihoskan bersama oleh SEARCA dan University of the Philippines Los Baños. Penyelidik dari lapan universiti yang terdiri daripada Institut Pertanian Bogor, Universitas Gadjah Mada, Universiti Putra Malaysia, University of the Philippines Los Baños, Kasetsart University, Tokyo University of Agriculture, National Taiwan University dan Universitas Brawijaya Indonesia berkumpul dan bertukar idea penyelidikan serta mengembangkan strategi perkongsian untuk kerjasama akan datang.

Dengan tema Menghadapi Cabaran Revolusi Perindustrian Keempat, terdapat empat penceramah pleno dan 43 kertas kerja yang dibentangkan dalam sesi selari di bawah empat sub-tema. Penyelidik dari Universiti Putra Malaysia adalah Dr. Juwaidah Sharifuddin (FP), Dr. Siti Izera Ismail (FP), Dr. Ahmad Suhaizi Mat Su (FP), Dr. Muhammad Heikal Ismail (FK), Dr. Siti Fatimah Mohamad (FSTM) dan Dr. Noris Mohd. Norowi (FSKTM). Dr. Juwaidah Sharifuddin (FP) dan Dr. Muhammad Heikal Ismail (FK) telah dijemput bagi sesi meja bulat yang membincangkan bidang kerjasama strategik penting di kalangan anggota UC. Antara cadangan yang diutarakan adalah lawatan silang, penyeliaan penyelidikan, penyelidikan bersama, penyelidikan mengenai topik yang melangkau sempadan seperti kajian yang melibatkan Sungai Mekong atau Laut China Selatan, serta lanjutan projek UC semasa iaitu Sarjana Sains dalam Keselamatan Makanan dan Perubahan Iklim (MSFSCC) kepada program Doktor Sains dalam Program Keselamatan Makanan dan Perubahan Iklim (DSFSCC).

Tarikh Input: 01/08/2019 | Kemaskini: 01/08/2019 | shuhada_md

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
C1571682915