Kumpulan penyelidikan FoodPack dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM, yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nur Hanani Zainal Abedin, telah bekerjasama dengan MARDI bagi menjayakan Program Smart Scientist© yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Agro Pelancongan Malaysia 2024 (MAHA 2024) di bawah kluster Kids Attraction.
Sebanyak empat sesi telah diadakan pada 15, 17, 18, dan 20hb September 2024. Program ini telah mendapat sambutan hangat dan disertai oleh hampir 120 kanak-kanak, dengan bantuan 8 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar pascasiswazah dan pascadoktoral FSTM. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pengenalan kepada bahan pembungkusan terbiodegradasi dan pendedahan kepada pembungkusan pintar.
Program ini bermanfaat kepada kanak-kanak kerana ianya bukan sahaja membuka ruang untuk menimba ilmu baharu, malahan memberikan mereka pengalaman berharga menjadi seorang saintis. Selaras dengan slogan MAHA 2024: “Menuai Harapan Membina Masa Hadapan”, program ini berperanan mencungkil minat pelajar sekolah terhadap penyelidikan sains dan meningkatkan minat mereka terhadap program berteraskan STEM.
Disediakan oleh Dr Foong Han Lyn
Tarikh Input: 10/10/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | nur_jasni

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, SERDANG,
SELANGOR MALAYSIA