Kempen Pemakanan Sihat “You Are What You Eat: The Colours Of Life 2023” | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » Kempen Pemakanan Sihat “You Are What You Eat: The Colours of Life 2023”

Kempen Pemakanan Sihat “You Are What You Eat: The Colours of Life 2023”

9 November 2023 - Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) telah berkolabrasi dengan syarikat AEON CO. (M) BHD., syarikat A.Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd (Yu Meat) dan Bahagian Pemakanan, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menjalankan aktiviti sempena Kempen Pemakanan Sihat “You Are What You Eat: The Colours of Life 2023” yang diadakan di Pasar Raya Nutrihub AEON Mall Shah Alam, Selangor pada 9 November 2023 (Khamis).

Dalam kempen ini seramai 37 orang pelajar semester 7, program BSPPM telah menyertai pertandingan memasak menu sihat berasaskan tumbuhan dan mereka telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Tempat pertama pertandingan telah dimenangi oleh kumpulan Kesum yang menghasilkan menu “Kesum Pizza with Yumeat”. Seterusnya tempat kedua pula dimenangi oleh kumpulan Scrumptious dengan menghasilkan menu “Yumeat Katsu Served with Banana Fettucine & Japanese Curry”. Tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Ecoeaters.co dengan menu “Spaghetti Curry Bolognese Served with Yumeat MushoatBalls”.

 

Penglibatan pelajar BSPPM dalam program ini telah memberikan impak positif terhadap pembangunan sahsiah, pendidikan dan prospek kerjaya masa depan pelajar. Selain dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari sewaktu dalam kuliah dan makmal. Pelaksanaan program ini dapat memberikan pengalaman yang transformatif seterusnya memperkayakan pengalaman pelajar.

Di dalam kempen ini juga seramai 38 orang pelajar semester 2, program BSPM daripada Jabatan Teknologi Makanan turut menyediakan reruai yang dapat memberikan informasi kepada masyarakat umum berkenaan makanan tradisional Malaysia berasaskan sayuran yang tinggi dengan serabut diet. Reruai bertajuk ‘Traditional Foods with High Dietary Fibre’ tersebut menyediakan pameran video serta 8 buah poster infografik yang mengandungi maklumat tentang sejarah, kandungan nutrien, kaitan nutrient dengan kesihatan bagi lapan jenis makanan tradisional iaitu : Pecal Sayur, Tauhu Sumbat, Sayur Lodeh, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Losun, Yee Sang, Lei Cha dan Bubur Kacang Hijau. Selain itu, pengunjung reruai turut berpeluang mendapatkan hadiah sebiji buah naga jika mereka berjaya menjawab soalan kuiz yang berkaitan dengan makanan tradisional tersebut menggunakan aplikasi Kahoot!. Seramai 38 orang pengunjung telah berjaya memenangi hadiah berkenaan. Reruai ini juga turut dikunjungi oleh YB Dato Lukanisman yang merupakan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Penerangan diberikan kepada beliau oleh pelajar yang menjaga reruai berkenaan.

Tarikh Input: 22/11/2023 | Kemaskini: 22/11/2023 | nur_jasni

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXFEHAK~