KUNJUNGAN HORMAT TDC HOLDINGS SDN. BHD. KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DAN SESI PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » KUNJUNGAN HORMAT TDC HOLDINGS SDN. BHD. KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DAN SESI PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

KUNJUNGAN HORMAT TDC HOLDINGS SDN. BHD. KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DAN SESI PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

 

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM terima kunjungan hormat dari TDC Holdings Sdn. Bhd.

SERDANG, 12 Jun 2023- Bertempat di Bilik Tetamu, Pejabat Naib Canselor, Tingkat 4, Bangunan canselori Putra, UPM, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM menerima kunjungan hormat dari TDC Holdings Sdn. Bhd. dan pada sesi kunjungan hormat ini juga turut di adakan sesi  pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU).

MoU ini merupakan kerjasama yang mana bertujuan untuk mengalakkan latihan industry, penyelidikan produk,pengajuran latihan dan bimbangan kepada gologan B40 serta pelajar Asnaf di UPM  dan laluan kerjaya pelajar UPM di TDC Hodings Sdn. Bhd. serta menjalinkan lain-lain kerjasama diantara FSTM UPM dalam industri teknologi makanan.

Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi UPM, YBhg. Prof. Dr. Nazamid Saari berkata jalinan antara industri ini akan membuktikan bahawa UPM sentiasa menyokong matlamat negara dalam industri makanan. "Terima kasih kepada semua syarikat yang mengambil bahagian atas minat mendalam dan sokongan yang mengagumkan untuk pembentukan dalam industri makanan dengan FSTM UPM," katanya.

Turut hadir pada kunjungan hormat ini Dekan FSTM, Prof. Madya Dr. Anis Shobirin Meor Hussin dan Chief Executive Officer TDC Holdings. Sdn. Bhd. En. Mohd Hafizuddin Hiew Abdullah. - UPM

 

Sesi ramah mesra antara Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi UPM, YBhg. Prof. Dr. Nazamid Saari dengan Ketua Pegawai Eksekutif, TDC Holdings Sdn. Bhd.

 

Sesi pertukaran dokumen persefahaman antara Universiti Putra Malaysia dan TDC Holdings Sdn. Bhd.

Sesi penyerahan cenderamata dari kedua-dua belah pihak.

Sesi penyerahan cenderamata dari kedua-dua belah pihak.

Sesi penyerahan cenderamata dari kedua-dua belah pihak.

Sesi penyerahan cenderamata dari kedua-dua belah pihak.

 

Tarikh Input: 22/06/2023 | Kemaskini: 22/06/2023 | shuhada_md

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXFEEAW~