Kursus Keselamatan Dan Kualiti Makanan | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN food
» BERITA » Kursus Keselamatan dan Kualiti Makanan

Kursus Keselamatan dan Kualiti Makanan

Serdang, 12 Ogos 2025 - Kursus Keselamatan dan Kualiti Makanan telah dianjurkan pada 12 Ogos 2025 di Pusat Bimbingan Usahawan Serdang, Selangor dengan penyertaan seramai 13 orang usahawan pemprosesan makanan di sekitar Serdang. Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran para usahawan mengenai aspek keselamatan, kualiti, serta pengurusan kesalamatan dan kualiti dalam industri makanan. Penceramah jemputan terdiri daripada Dr. Noor Azira Abdul Mutalib dari Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan serta Dr. Sarina Abdul Halim Lim dari Jabatan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.

Program memberi tumpuan kepada kefahaman prinsip asas keselamatan makanan, amalan kualiti yang baik, dan pengurusan menyeluruh bagi memastikan produk yang dihasilkan selamat, berkualiti, dan mematuhi piawaian yang ditetapkan. Sepanjang program, peserta mengikuti tiga sesi utama iaitu Keselamatan Makanan, Kualiti Makanan, dan Pengurusan Keselamatan dan Kualiti Makanan, yang disampaikan melalui tayangan slaid, perbincangan kes sebenar, dan sesi soal jawab.

Program telah berlangsung dengan lancar dan mendapat kerjasama penuh daripada peserta yang aktif bertanya serta berkongsi pengalaman. Bagi menilai tahap pemahaman, peserta telah diminta menjawab soal selidik secara dalam talian melalui Google Form. Hasil analisis menunjukkan peningkatan pengetahuan yang ketara dalam kalangan peserta, dengan majoriti menyatakan komitmen untuk mengamalkan langkah kebersihan dan pengurusan kualiti makanan yang betul dalam perniagaan masing-masing.

Tarikh Input: 18/08/2025 | Kemaskini: 18/08/2025 | nur_jasni

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5100
Tiada
X, (11:58:54am-12:03:54pm, 05 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]