Kursus Pemprosesan Produk Ikan Keli Dan Cendawan | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN food
» BERITA » Kursus Pemprosesan Produk Ikan Keli dan Cendawan

Kursus Pemprosesan Produk Ikan Keli dan Cendawan

Serdang, 6 Mei 2025 – Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Pertanian Putra (PPP) telah menganjurkan dua siri Kursus Pemprosesan Produk Makanan pada 5 dan 6 Mei 2025. Kursus ini bertujuan memperkasakan peserta dalam bidang pemprosesan makanan berasaskan ikan keli dan cendawan, sejajar dengan usaha meningkatkan nilai tambah kepada hasil pertanian tempatan.

Kursus pada 5 Mei memberi tumpuan kepada teknik pemprosesan produk ikan keli. Seramai 20 orang peserta telah didedahkan kepada kaedah penghasilan keli salai dan bebola ikan, termasuk aspek pemastian kualiti. Sesi latihan amali dikendalikan oleh pakar-pakar berpengalaman iaitu Dr. Asyrul Izhar Abu Bakar, En. Abdul Hadi Mat Amin dan En. Marzum Zainawi.

Sementara itu, kursus pada 6 Mei memfokuskan kepada pemprosesan produk berasaskan cendawan. Antara teknik yang dipelajari termasuk pemprosesan burger dan nugget cendawan. Sesi amali yang bersifat interaktif dan praktikal telah dikendalikan oleh Dr. Rozzamri Ashari, En. Ahmad Safwan Setaffa dan En. Syafiq Rabbani Mohd Hashim.

Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai potensi industri makanan berasaskan sumber tempatan, di samping membekalkan kemahiran asas dalam penghasilan produk makanan komersial. Fakulti Sains dan Teknologi Makanan berharap inisiatif ini dapat membuka peluang keusahawanan dalam kalangan peserta pada masa akan datang.

Tarikh Input: 08/05/2025 | Kemaskini: 08/05/2025 | nur_jasni

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5100
Tiada
X, (11:19:32am-11:24:32am, 18 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]