LAWATAN AKADEMIK DARI POLITEKNIK TEMASEK, SINGAPURA | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » LAWATAN AKADEMIK DARI POLITEKNIK TEMASEK, SINGAPURA

LAWATAN AKADEMIK DARI POLITEKNIK TEMASEK, SINGAPURA

22 MAC – Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) telah menerima lawatan daripada delegasi Pusat Pengajian Sains Gunaan, Politeknik Temasek, Singapura. Selain mempelajari kepelbagaian etika dan budaya, lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada pengajian sarjana muda dan pascasiswazah di FSTM secara khusus, memandangkan pelajar mereka akan menamatkan pengajian diploma pada Mei 2023.

Seramai 37 orang pelajar Politeknik Temasek termasuk dua orang pegawai fakulti mereka tiba di Dewan Kuliah Teknologi Makanan 1, FSTM, pada jam sembilan pagi bagi mendengar taklimat ringkas oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Radhiah Shukri, dan Ketua Jabatan Teknologi Makanan, Prof. Madya Dr. Chong Gun Hean, mengenai Fakulti dan program pengajian yang ditawarkan di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah.

Setelah itu, mereka dibawa melawat beberapa makmal yang terdapat di Fakulti, antaranya adalah Pusat Bendalir Superkritikal, Makmal Sejuk dan Beku, serta Loji Perintis Memproses Jus dan Puri. Mereka didedahkan dengan teknologi yang terlibat dalam menghasilkan sesuatu produk.

Semoga hubungan kerjasama ini dapat diteruskan agar pelajar dapat memperluaskan pengalaman mereka di peringkat antarabangsa.

Tarikh Input: 05/04/2023 | Kemaskini: 05/04/2023 | haniesa

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXEaNAK~