LAWATAN DARI CAN THO UNIVERSITY BERSEMPENA PUTRA AGRICULTURE MOBILITY & STUDENTS EXCHANGE PROGRAMME | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » LAWATAN DARI CAN THO UNIVERSITY BERSEMPENA PUTRA AGRICULTURE MOBILITY & STUDENTS EXCHANGE PROGRAMME

LAWATAN DARI CAN THO UNIVERSITY BERSEMPENA PUTRA AGRICULTURE MOBILITY & STUDENTS EXCHANGE PROGRAMME

28 JULAI – Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) telah menerima lawatan daripada delegasi Can Tho University, Vietnam, bersempena “PUTRA Agriculture Mobility & Students Exchange Programme” yang dianjurkan oleh Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini merupakan kolaborasi antara UPM bersama pihak Can Tho University yang diadakan pada 25 hingga 28 Julai 2022.

Seramai 36 orang delegasi dari pihak Can Tho University yang terdiri daripada dekan fakulti, pensyarah pengiring dan pelajar, bersama empat pegawai akademik dan bukan akademik serta 17 pelajar yang mewakili Fakulti Pertanian.

Memandangkan para pelajar yang terlibat terdiri daripada bidang teknologi makanan, justeru salah satu cadangan pengisian program adalah lawatan ke fakulti kami. Antara pengisian program ini adalah memperkenalkan program pengajian prasiswazah dan siswazah serta lawatan makmal di FSTM.

Semoga hubungan kerjasama ini dapat diteruskan agar pelajar dapat memperluaskan pengalaman mereka di peringkat antarabangsa.

Tarikh Input: 29/07/2022 | Kemaskini: 29/07/2022 | haniesa

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXEYXAr~