Bukit Beruntung, 22 Julai 2025 - Penyelidik mikrobiologi keselamatan makanan daripada Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM telah melawat makmal molekular di Lab-Ind Resource Sdn. Bhd., Bukit Beruntung, Selangor. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meneroka kecanggihan teknologi penjujukan untuk Salmonella serotyping.
Semasa lawatan selama 1.5 jam tersebut, En. Robin Liew yang merupakan pengarah pembangunan bisnes menerangkan bahawa syarikat ini menawarkan servis dan konsultansi untuk mengenalpasti patogen dalam produk akuakultur, poltri dan makanan ternakan. LIR juga menawarkan servis pemprofilan mikrobiom yang boleh digunakan untuk menjejak punca pencemaran dalam fasiliti pemprosesan makanan, di mana pencemar adalah bakteria strain yang berulang atau sporadik. Servis dalam pengesahan produk makanan dan makanan ternakan juga turut ditawarkan.
Dr. Nurul Hawa Ahmad, juga disertai oleh Dr. Noor Azira Abdul Mutalib serta tiga calon doktor falsafahnya, Norfaziey Aini Sukarno, Lee Epeng, dan Seow Wen Li. Penyelidikn Faziey bertumpu kepada penyahaktifan haba Salmonella dalam produk sarang burung Walit, Lee Epeng menjalankan penyelidikan dalam kelaziman dan analisa risiko Salmonella dan Vibrio dalam produk makanan laut manakala Seow Wen Li menjalankan penyelidikan dalam kelaziman dan analisa risiko Salmonella dalam makanan sediaan di rumah.
Tarikh Input: 23/07/2025 | Kemaskini: 23/07/2025 | nur_jasni

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, SERDANG,
SELANGOR MALAYSIA