Pada 28 november 2024 baru baru ini, Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan telah mengadakan Majlis Hadiah Fakulti. Majlis tersebut bermula pada 2.45 petang sehinga jam 5 petang di Dewan Kuliah Teknologi Makanan 1 (DKTM1). Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran tetamu dan jemputan yang terdiri daripada pemenang hadiah tersebut, Dekan serta Ketua Jabatan Fakulti, penasihat akademik pemenang, dan ibu bapa pemenang tersebut.
Majlis Penyampaian Hadiah Fakulti diadakan setiap tahun bagi menyampaikan hadiah kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan kepimpinan. Jawatankuasa Induk Mesyuarat Jawatankuasa Hadiah Fakulti telah memilih calon yang layak menerima hadiah berdasarkan syarat kurniaan yang telah ditetapkan. Majlis kali ini akan diadakan secara fizikal yang melibatkan para penyumbang, pemenang hadiah dan ibu bapa serta kakitangan Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan.
Pemenang hadiah fakulti seramai 17 orang yang terdiri daripada empat program di Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan dan 8 penaja yang menyumbang untuk hadiah tersebut. Objektif Penganjuran Majlis Adalah menyampaikan hadiah kepada penerima hadiah Fakulti yang telah dipilih serta dinilai oleh penaja dan ahli jawatankuasa hadiah fakulti. Disamping itu, untuk meraikan penaja-penaja hadiah yang terus menyokong Fakulti dan menghargai Penasihat Akademik dan Pensyarah pelajar yang turut dijemput.
Tarikh Input: 10/01/2025 | Kemaskini: 10/01/2025 | nur_jasni

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, SERDANG,
SELANGOR MALAYSIA