Serdang, 25 March 2025 - Program Tadarus Ramadhan FSTM 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan dan semangat ukhuwah. Sebanyak 42 peserta telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang bulan Ramadhan. Terima kasih diucapkan kepada AJK Kelab Kebajikan & Sukan FSTM yang telah menyokong kelancaran program ini.
Program ini juga menerima tajaan Al-Quran daripada Nasyrul Quran & Masjid Putra. Al-Quran tersebut telah dihadiahkan kepada semua peserta tadarus, dan 50 naskah diwakafkan ke Surau Pelajar FOOD 3, FOOD 4, dan FOOD 5.
Semoga setiap yang terlibat diberkati Allah dan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan. Terima kasih atas sokongan dan sumbangan semua.
Tarikh Input: 25/03/2025 | Kemaskini: 25/03/2025 | nur_jasni

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, SERDANG,
SELANGOR MALAYSIA