Ahad, 3 November 2024 - Konvokesyen adalah hari bahagia kepada semua graduan. Seperti semua orang tahu, bila masuknya hujung tahun, IPTA bersilih ganti akan melangsungkan hari graduasi di universiti masing-masing. Baru-baru ini Universiti Putra Malaysia juga telah melangsungkan hari graduasi. Jawatankuasa Induk Majlis Konvokesyen UPM telah menetapkan tarikh Majlis Konvokesyen UPM ke-48 pada 2 dan 3 November 2024 untuk sidang pertama di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak manakala pada 30 November 2024 sehingga 6 Disember 2024 untuk sidang kedua di Dewan Besar Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.
Pada tahun ini, Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan Melahirkan seramai 140 orang graduan yang terdiri daripada program Bachelor Sains Dan Teknologi Makanan iaitu seramai 57 orang pelajar, Bachelor Sains Pengajian Makanan Dengan Kepujian seramai 27 orang, Bachelor Pengurusan Dan Perkhidmatan Makanan seramai 39 orang dan Bachelor Sains Operasi Pembuatan Makanan seramai 17 orang. Untuk pengetahuan semua, sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini, bachelor sains operasi pembuatan makanan merupakan batch pertama yang bergraduasi kerana program ini baru ditubuhkan pada tahun 2020. Selain itu, Sijil profesional itu penting untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, sekali gus membantu mereka mendapatkan pekerjaan. Dalam dunia serba mencabar pada hari ini, graduan itu sendiri digalakkan memiliki kemahiran tambahan dan mencipta potensi diri untuk peluang masa depan lebih cerah. Disamping itu, Tahniah juga diucapkan kepada para ibu bapa dan keluarga graduan, kegembiraan pencapaian di menara gading ini turut dikongsi bersama.
Tarikh Input: 08/01/2025 | Kemaskini: 08/01/2025 | nur_jasni

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, SERDANG,
SELANGOR MALAYSIA