MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN FOSCORNER | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN FOSCORNER

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN FOSCORNER

SERDANG, 27 MEI 2025 - Pada 27 Mei 2025 (Selasa), telah berlangsung Majlis Perasmian Pembukaan FOSCorner yang dianjurkan oleh EXCO Commerce iaitu Farzana, Sharifah Sufiah, Azzraei Mutmaien and Kee Yan Qi daripada Majlis Perwakilan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FOSTECH) sesi 2024/2025 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia (UPM). Majlis ini telah disertai oleh pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dari Tahun 1 hingga Tahun 4. Objektif utama penganjuran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pensyarah, staf dan pelajar mengenai kewujudan FOSCorner serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, majlis ini juga menjadi simbolik kepada permulaan operasi FOSCorner melalui upacara rasmi yang diserikan dengan ucapan dan harapan daripada pengurus FOSCorner, Soh Pau Ching serta Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Prof. Madya Dr. Radhiah Binti Shukri. Initiatif ini turut menjadi platform kepada pelajar untuk menyerlahkan bakat dan mempromosikan keusahawanan melalui pembukaan kafe di fakulti ini.

Majlis Perasmian Pembukaan FOSCorner telah diadakan selama satu jam, bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari secara fizikal di FOSCorner, Food 1, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Seramai 116 orang pelajar telah menghadiri majlis ini. Penganjuran majlis ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik kerana pembukaan FOSCorner bukan sahaja memberi nilai tambah kepada fakulti dengan menyediakan perkhidmatan yang bermanfaat kepada pelajar, malah turut meningkatkan imej fakulti.

FOSCorner menyediakan kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan makanan dan minuman semasa mereka berada di fakulti, sekali gus menambah keselesaan sepanjang tempoh pembelajaran. Kami juga mengambil pekerja part time daripada pelajar-pelajar FSTM untuk menyediakan peluang pekerjaan part time kepada mereka. Bukan itu sahaja, kami menyediakan satu platform kepada warga-warga FSTM untuk menjual barang mereka di FOSCorner supaya dapat menghasilkan graduan yang berbakat dalam bidang keusahawanan. Diharapkan inisiatif ini akan memberi impak positif kepada pelajar dan seluruh warga UPM sepanjang berada di fakulti ini.

Gambar 1: Poster utama program

Gambar 2: Gambar bersama ahli jawatankuasa

Gambar 3: Gambar bersama Exco Commerce

Gambar 4: Gambar peserta

Gambar 5: Ucapan perasmian oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Radhiah Shukri

Gambar 6: Gambar bersama ahli jawatankuasa

Gambar 7: Voucher untuk cabutan bertuah

Gambar 8:  Penerima cabutan bertuah  yang dikongsikan di Instagram

Gambar 9: Penerima cabutan bertuah yang dikongsikan di Instagram

Gambar 10 : Gambar yang dikongsikan di Instagram

Gambar 11: Air percuma untuk peserta

Tarikh Input: 03/07/2025 | Kemaskini: 03/07/2025 | nur_jasni

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5101
Tiada
W, (01:58:04pm-02:03:04pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]