PETALING, 23 MEI 2026 - Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi melakar sejarah apabila pelajar Program Bacelor Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan dengan Kepujian (BSPPMdK), Ahmad Najmi Alif Ahmad Azhan, telah dinobatkan sebagai Juara MONIN Cup Malaysia 2026 yang berlangsung di Sunway University bagi kategori Mocktail. Lebih membanggakan, UPM merupakan universiti penyelidikan awam pertama yang menyertai pertandingan berprestij ini dan terus berjaya merangkul gelaran juara dalam penyertaan sulung.
Turut mengharumkan nama UPM ialah Teo Yee Xiang yang menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat juang tinggi sepanjang tempoh latihan dan pertandingan berlangsung. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa pelajar FSTM UPM bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu bersaing secara profesional dalam industri makanan dan hospitaliti. Tahniah juga diucapkan kepada barisan pensyarah pembimbing, Dr. Muhammad Rezza Zainal Abidin, Dr. Chua Bee Lia, Dr. Ainul Zakiah Abu Bakar, dan Dr. Jack Lai Hao Bin atas dedikasi dan bimbingan yang diberikan sepanjang persediaan pertandingan.
Pihak universiti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pelajar, pensyarah, dan staf yang terlibat di atas kejayaan yang cemerlang ini.
Tarikh Input: 05/06/2026 | Kemaskini: 05/06/2026 | nur_jasni

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, SERDANG,
SELANGOR MALAYSIA