PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

3 SEPT - Fakulti Sains dan Teknologi Makanan telah menerima seramai 150 pelajar baharu pra-siswazah untuk sesi kemasukan 2018/2019, yang terdiri daripada tiga program, iaitu Bacelor Sains dan Teknologi Makanan, Bacelor Sains (Pengajian Makanan), dan Bacelor Sains (Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan). Taklimat fakulti diadakan di Dewan Kuliah Teknologi Makanan 1 dan dirasmikan oleh Dekan, Prof. Dr. Nazamid Saari. Aturcara bermula dengan urusan pendaftaran dan penerangan program pengajian, seterusnya pelajar-pelajar dibawa berjumpa Penasihat Akademik masing-masing untuk maklumat yang lebih lanjut. Kuliah mereka telah bermula pada 10 September yang lalu.

Ucapan aluan oleh Dekan Fakulti, Prof. Dr. Nazamid Saari

 Taklimat oleh Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Sharifah Kharidah Syed Muhammad

Pensyarah dan pelajar mendengar taklimat di Dewan Kuliah Teknologi Makanan 1

   

Pendaftaran pelajar dibantu oleh staf dan AJK Persatuan Mahasiswa FSTM (FOSTECH) 

Penerangan Program Pengajian oleh Ketua Jabatan Teknologi Makanan, Prof. Madya Dr. Chong Gun Hean           

Pendaftaran kursus dengan bimbingan ahli FOSTECH

Tarikh Input: 01/10/2018 | Kemaskini: 09/10/2018 | haniesa

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
C1568828625