KUALA LUMPUR, 21 MEI 2026 - Program Foodsmart Kids @ School telah berjaya dilaksanakan di SJK(C) Tai Thung dengan penglibatan aktif murid sekolah, guru-guru, pelajar Pengurusan Perkhidmatan Makanan dengan Kepujian serta rakan kolaborasi industri.
Program ini dianjurkan bersempena dengan kursus FSM4706 Institutional Foodservice Management dengan kerjasama WCT Holdings Berhad dan Pasar Grub. Kolaborasi antara institusi pendidikan dan pihak industri ini telah memberikan peluang pembelajaran yang bermakna kepada pelajar kursus dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran perkhidmatan makanan institusi dalam persekitaran sebenar.
Salah satu hasil pembelajaran utama program ini adalah untuk memahami kepentingan memenuhi keperluan pemakanan dan keperluan perkhidmatan yang berbeza bagi kumpulan sasaran tertentu dalam operasi perkhidmatan makanan institusi. Melalui penglibatan bersama murid sekolah rendah, pelajar dapat memahami bahawa perancangan perkhidmatan makanan bukan sekadar melibatkan penyediaan makanan, tetapi juga memerlukan pertimbangan terhadap keperluan pemakanan mengikut umur, kesesuaian saiz hidangan, keselamatan makanan, penerimaan makanan serta kesejahteraan pengguna.
Program ini turut menampilkan pelbagai aktiviti interaktif yang berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada murid sekolah, sambil memberi pendedahan praktikal kepada pelajar mengenai peranan perkhidmatan makanan institusi dalam memenuhi keperluan kumpulan pengguna yang berbeza.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan dan warga sekolah SJK(C) Tai Thung, rakan kolaborasi industri, iaitu WCT Holdings Berhad dan Pasar Grub, atas sokongan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama strategik antara universiti, sekolah dan industri seperti ini dapat diteruskan dalam usaha melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan peka terhadap keperluan masyarakat.
#FoodsmartKidsAtSchool
#InstitutionalFoodserviceManagement
#FoodserviceManagement
#BSPPMdk
#SukuSukuSeparuh
#WCTHoldings
#PasarGrub
#ExperientialLearning
#UPMWithIndustry
#CommunityEngagement
Tarikh Input: 29/05/2026 | Kemaskini: 26/06/2026 | nur_jasni

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, SERDANG,
SELANGOR MALAYSIA