4 Oktober 2024 (Jumaat) - Pada tahun ini Jawatankuasa Kelestarian Hijau FSTM mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Gotong-Royong Mega Sempena Hari Kelestarian Hijau FSTM 2024 pada 04 Oktober 2024 (Jumaat) mulai 9.00 pagi yang bertemakan "Jom Go Green @FSTM". Senarai aktiviti ini adalah seperti di poster yang disertakan.
Program yang julung kali akan diadakan di Food 1-8 melibatkan kawasan luar dan dalam bangunan bagi memberikan suasana persekitaran yang aman dan selesa untuk semua pelajar dan staf fakulti. Turut juga menjemput penglibatan semua warga fakulti agar bersama-sama melaksanakan pembersihan kawasan sekitar secara serentak.
Mari kita bersama-sama bertindak melestarikan persekitaran hijau untuk generasi seterusnya.
Tarikh Input: 10/10/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | nur_jasni

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, SERDANG,
SELANGOR MALAYSIA