PROGRAM SANTUNI MADANI ANJURAN HDC BERSAMA FSTM, UPM | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » PROGRAM SANTUNI MADANI ANJURAN HDC BERSAMA FSTM, UPM

PROGRAM SANTUNI MADANI ANJURAN HDC BERSAMA FSTM, UPM

SERDANG, 3 JULAI 2025 – Seramai 40 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak (SMKTP), Muar telah menyertai Program Santuni MADANI anjuran bersama Halal Development Corporation Berhad (HDC) dan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah tentang ekosistem industri halal dan bidang sains makanan melalui lawatan akademik dan interaksi bersama pakar industri.

Ketibaan pelajar disambut dengan ucapan aluan oleh Prof. Madya Dr. Nur Hanani Zainal Abedin iaitu Timbalan Dekan (Pembangunan dan Jaringan) serta Ketua Pegawai Eksekutif HDC, En. Hairol Ariffein Sahari yang juga merupakan CEO@PTJ FOSTECH, UPM. Sesi taklimat turut disampaikan oleh En. Mohd. Rohazwan Zakaria, Pengurus Kanan Pembangunan Industri HDC, yang memperkenalkan kerangka pekerjaan dalam sektor halal.

Pelajar kemudian dibawa melawat kemudahan penyelidikan di FSTM termasuk Makmal Penyelidikan Pemprosesan dan Pengawetan Makanan, sebelum meneruskan lawatan ke Ladang Farm Fresh, UPM. Program diakhiri dengan penyampaian sijil dan sesi bergambar sebagai simbolik kerjasama erat antara pihak industri dan institusi pendidikan dalam mendidik generasi masa depan.

Tarikh Input: 08/07/2025 | Kemaskini: 08/07/2025 | nur_jasni

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5101
Tiada
W, (06:53:00am-06:58:00am, 24 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]