PROGRAM SCIENSATIONBIO DI PWTC | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » PROGRAM SCIENSATIONBIO DI PWTC

PROGRAM SCIENSATIONBIO DI PWTC

17 JULAI 2024 (RABU) - Kumpulan penyelidikan FoodPack dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM, yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nur Hanani Zainal Abedin, telah bekerjasama dengan Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. bagi menjayakan Program SciensationBio yang diadakan pada 17 Julai 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) sempena acara NBiOSHOWCASE 2024.

Program ini disertai oleh hampir 20 orang pelajar sekolah menengah, dengan bantuan 7 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar pascasiswazah dan pascadoktoral FSTM. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pengenalan kepada bahan pembungkusan terbiodegradasi, penyediaan bahan pembungkus terbiodegradasi, dan pendedahan kepada pembungkusan pintar.

 

Program ini bermanfaat kepada para pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada penyelidikan pembungkusan makanan terbiodegradasi. Selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia, program ini juga berperanan mencungkil minat pelajar sekolah terhadap penyelidikan dan meningkatkan minat mereka terhadap program berteraskan STEM.

Melalui survei yang dijalankan, didapati para peserta memberikan maklum balas positif mengenai program ini, dengan 100% daripada mereka menyatakan bahawa program ini relevan, disampaikan dengan baik, dan mereka berminat untuk menyertai program-program yang seumpama ini pada masa akan datang.

 

Disediakan oleh Dr Foong Han Lyn

Tarikh Input: 10/10/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | nur_jasni

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5101
Tiada
X, (08:48:47am-08:53:47am, 23 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]