PROGRAM SMART SCIENTIST: INTRODUCTION TO BIODEGRADABLE FOOD PACKAGING | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » PROGRAM SMART SCIENTIST: INTRODUCTION TO BIODEGRADABLE FOOD PACKAGING

PROGRAM SMART SCIENTIST: INTRODUCTION TO BIODEGRADABLE FOOD PACKAGING

Program Smart Scientist: Introduction to Biodegradable Food Packaging merupakan program cuti sekolah yang telah berlangsung selama dua hari bermula 27 Februari sehingga 28 Februari 2024 di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM. Program yang dianjurkan oleh kumpulan penyelidikan FoodPack diketuai oleh Prof. Madya Dr Nur Hanani Zainal Abedin disertai oleh 44 orang pelajar sekolah berumur di antara 9 hingga 13 tahun yang dibantu oleh 13 orang fasilitator. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program melibatkan pengenalan kepada bahan pembungkusan, penyediaan bahan pembungkus biodegradasi, pendedahan kepada pembungkusan pintar, dan aktiviti seni berkaitan pembungkusan makanan.

 

Program ini merupakan satu pengisian yang bermanfaat kepada para pelajar semasa cuti sekolah kerana program seperti ini telah berjaya memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penyelidikan pembungkusan makanan terbiodegradasi. Selain itu, program Smart Scientist ini juga dapat mencungkil minat para pelajar sekolah mengenai penyelidikan seiring dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk minat pelajar terhadap program berteraskan STEM.

 

Pelaksanaan program seperti ini secara tidak langsung juga mampu meningkatkan visibiliti UPM khususnya FSTM di kalangan generasi muda berkaitan akademik dan penyelidikan dalam bidang berkaitan. Di samping itu, ianya juga memberi peluang kepada pelajar pra- dan pasca-siswazah menimba pengalaman dalam penganjuran program bersama masyarakat. Melalui survei yang dijalankan, didapati para peserta memberi maklumbalas positif berkenaan program ini dengan 82% daripada mereka menyatakan berminat untuk menyertai program yang seumpama ini pada masa yang akan datang.

 

Laporan disediakan oleh: Nurul Azlin Tokiman Fasilitator Smart Scientist dan ahli FoodPack Fakulti Sains dan Teknologi Makanan

Tarikh Input: 24/05/2024 | Kemaskini: 24/05/2024 | nur_jasni

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5101
Tiada
W, (04:51:46am-04:56:46am, 26 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]