Oleh : Marzieana Ab Rahman
SERDANG, 24 November 2025 – Seramai 73 pelajar dari pelbagai fakulti Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil bahagian dalam Sesi Perkongsian Program Pengajian yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Biosains (Faculty of Bioscience Engineering), Ghent University, Belgium.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar UPM kepada peluang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan program akademik antarabangsa lain yang ditawarkan oleh Ghent University, salah sebuah institusi terkemuka di Eropah.
Delegasi Ghent University yang hadir pada sesi tersebut terdiri daripada ahli akademik dan pegawai perhubungan antarabangsa yang berwibawa:
Sesi tersebut telah menarik minat yang tinggi daripada pelajar terutamanya dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), dan Fakulti Pertanian (FP).
Sepanjang program, delegasi Ghent University telah berkongsi maklumat terperinci mengenai struktur kurikulum, proses permohonan, dan prospek kerjaya global bagi graduan Kejuruteraan Biosains. Para pelajar UPM mengambil peluang ini untuk mendapatkan maklumat secara langsung mengenai program Master dan persekitaran pembelajaran di Ghent University.
Sesi perkongsian ini dijangka akan memperkukuh kerjasama akademik antara UPM dan Ghent University serta menggalakkan mobiliti pelajar dan pertukaran pengetahuan di peringkat antarabangsa.
Tarikh Input: 25/11/2025 | Kemaskini: 25/11/2025 | nur_jasni

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, SERDANG,
SELANGOR MALAYSIA