Serdang, 4 Jun 2025 – Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), UPM sekali lagi telah menganjurkan program cuti sekolah Smart Scientist pada 3 dan 4 Jun 2025. Program ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nur Hanani Zainal Abedin, dibantu oleh Dr. Foong Han Lyn, dengan sokongan fasilitator daripada pelajar pascasiswazah serta Penolong Pegawai Sains, Encik Ahmad Safwan Setaffa.
Edisi khas program Smart Scientist ini bertemakan “Jom Masuk Dapur!”, bertujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai dunia sains makanan melalui aktiviti interaktif dan amali. Peserta berpeluang menyediakan kuih tradisional dan biskut sambil meneroka fungsi serta interaksi bahan dapur secara praktikal.
Program ini turut memperkenalkan pelbagai rempah, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan dari aspek rasa, khasiat serta penggunaannya dalam masakan tradisional.
Program ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, malah berjaya memupuk minat kanak-kanak terhadap sains makanan. FSTM komited untuk terus memainkan peranan dalam memperkasakan pendidikan sains di peringkat awal melalui inisiatif sebegini.
Tarikh Input: 17/06/2025 | Kemaskini: 17/06/2025 | nur_jasni

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, SERDANG,
SELANGOR MALAYSIA