PENGENALAN
- MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.
- Dikhususkan kepada pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran di dalam bidang dan universiti yang telah ditetapkan oleh MARA.
SYARAT PERMOHONAN
- Pemohon adalah berketurunan Melayu/Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan warganegara Malaysia
- Syarat had umur pemohon :-
| Peringkat Pengajian |
Tempat
Pengajian
|
Had Umur |
| Sarjana |
Dalam Negara |
Tidak melebihi 40 tahun |
| Luar Negara |
Tidak melebihi 35 tahun |
| Doktor Falsafah |
Dalam Negara |
Tidak melebihi 45 tahun |
| Luar Negara |
Tidak melebihi 40 tahun |
- Telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang
- Pengajian adalah di dalam tahun semasa
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat yang sama (double sponsor).
- Kursus yang diikuti adalah kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan Profesional Malaysia
- Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin yang menyalahi undang-undang negara dan tidak mempunyai rekod jenayah.
- Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat.
- Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain (kecuali MARA) untuk pengajian sebelum ini (bagi yang berkaitan).
- Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana semasa permohonan dibuat.
- Permohonan ini terbuka untuk program pengajian secara kerja kursus (coursework) atau penyelidikan (research) atau mod campuran (mix mode) secara sepenuh masa.
- Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.
- Tertakluk kepada dasar dan syarat-syarat yang sedang berkuatkuasa.
Hubungi Kami:
 |
Majlis Amanah Rakyat (MARA) 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur MARA Hotline : 03-26132000
Laman Sesawang: https://www.mara.gov.my/
|
Kemaskini:: 30/04/2026 [nurulh]
PERKONGSIAN MEDIA